Cara Semak Penyata Caruman KWSP Secara Online

Posted by


  1. Cara Semak Penyata KWSP Secara Online | Tahukah anda penyata caruman KWSP anda boleh disemak melalui online? Anda tidak lagi perlu bersusah payah untuk ke pejabat KWSP untuk mendapatkan penyata caruman KWSP anda, anda hanya perlu ikuti langkah dibawah ini sahaja. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Kwsp ialah simpanan kewangan untuk masa depan masing-masing untuk mereka yang telah bekerja. Bagaimana cara untuk membuat semakan online?


  2. Cara Semak Penyata KWSP Secara Online

  3. Untuk membuat semakan KWSP perlu terlebih dahulu mendaftar di Portal rasmi i-Akaun KWSP .

  4. Untuk mendaftar terlebih dahulu perlu ke kaunter KWSP terdekat untuk mengambil nombor PIN ( tempoh sah 90 hari ), semasa di kaunter KWSP kad pengenalan diperlukan untuk mengambil no pin KWSP tadi. ( sekali sahaja untuk pendaftaran online )

  5. Seterusnya perlu ke portal rasmi KWSP i-Akaun iaitu http://www.kwsp.gov.my/ . Sila klik pada “ login kali pertama “ ataupun boleh KLIK SINI 

  6. Untuk pertanyaan bersetuju atau tidak mengaktifkan i-Akaun pilihlah ( saya bersetuju untuk mengaktifkan i-Akaun ) tanda di kotak disediakan.

  7. Seterusnya masukkan no kad pengenalan masing-masing
  8. Masukkan no pin yang diambil tadi di kaunter dan tekan ( aktifkan )
  9. Langkah terakhir masukkanlah nama pengguna dan kata laluan pilihan sendiri dan klik pada butang hantar.

Kini anda boleh menyemak caruman KWSP secara online 24 jam sehari
Anda tidak perlu lagi beratur dan menunggu giliran. Dengan i-Akaun, kami memudahkan urusan ahli KWSP dan majikan. Anda boleh mengakses akaun KWSP dan menyemak simpanan KWSP mengikut keselesaan anda dari rumah atau pejabat, pada bila-bila masa. Anda boleh mendapatkan penyata dan menyemak akaun transaksi dengan mudah secara online.
Majikan boleh mendaftar keahlian KWSP pekerja, memuat turun borang caruman dan menyemak bayaran caruman yang terdahulu dengan mudah, hanya dengan satu klik.
i-Akaun menceriakan hidup anda. Daftar hari ini!
Klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai i-Akaun atau hubungi:
a. Maklum balas online melalui enquiry
b. Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000
c. Mana-mana Pejabat KWSP


Sumber : Cara Semak Online Penyata Caruman KWSP 






Jika Info ini bermanfaat bagi anda, mohon klik button SHARE !!! terima kasih.

×



Demo Blog NJW V2 Updated at: Jun 18, 2017

0 ulasan:

Catat Ulasan