Cara Nak Semak Tingkatan 6

Posted by

Cara Nak Semak Tingkatan 6 | Bilakah tarikh semakan tawaran keputusan kemasukan ke Tingkatan 6 (Form 6) tahun 2017/2018? Ramai dikalangan anda sedang menanti keputusannyakanb??. Untuk makluman, keputusan tawaran kemasukan murid ke tingkatan enam di sekolah menengah bantuan penuh kerajaan akan diumumkan melalui laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di applikasi e-perkhidmatan berkala


Tarikh Semakan Keputusan Kemasukan Tingkatan 6 2017







Cara Semak Keputusan Tawaran Tingkatan 6 2017

1) Semakan secara online

Semakan tawaran tingkatan 6 boleh dibuat dengan mudah secara online. Pelajar hanya perlu melayari Aplikasi Semakan Tawaran Tingkatan 6. Dengan menaipkan Nombor IC anda pada ruang sedia ada dan tekan butang Semak. Keputusan akan dikemukakan dan anda boleh mencetak slip keputusan tawaran tersebut.


2) Semakan melalui SMS

Langkah di bawah menunjukkan cara mudah dan cepat pelajar menyemak keputusan dengan menggunakan SMS, dengan adanya handphone anda:
1) Taip MOE<jarak>T6<jarak>No Kad Pengenalan dan hantar SMS ke 15888
2) Taip MOE<jarak>T6<jarak>Angka Giliran dan hantar SMS ke 15888

Syarat Umum Kemasukan Tingkatan 6

Pelajar lepasan SPM yang lulus dengan mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia sudah memenuhi syarat pertama kemasukan ke tingkatan 6.
Selain itu, syarat bagi pelajar daripada aliran Sains Sosial adalah jumlah mata unit bagi tiga mata pelajaran yang terbaik haruslah di bawah atau 12. Tidak melebihi 18 mata unit untuk pelajar aliran Sains, dan tidak melebihi 14 bagi aliran Agama.



Demo Blog NJW V2 Updated at: Jun 18, 2017

0 ulasan:

Catat Ulasan