BR1M 2017 - Cara Semak Status Permohonan dan Rayuan Brim 2017

Posted by

BR1M 2017 - Cara Semak Status Permohonan dan Rayuan Brim 2017 | Kerajaan dengan berbesar hati untuk membantu rakyatnya yang memerlukan dengan memberi bantuan yang dinamakan BR1M. Brim diberikan kepada rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana. Anda yang layak haruslah memohon Br1m secara online atau mengisi borang di LHDN/Lembaga Hasil Dalam Negeri. Selepas isi pihak berwajib akan menyemak dahulu kelulusan anda adakah tepat dan layak untuk mendapat Brim ini. Tarikh untuk menyemak status permohonan Br1m akan dikeluarkan oleh pihak kerajaan.



Untuk permohanan baru anda boleh klik TUTORIAL DISINI *Sebelum anda summit/hantar maklumat anda sila semak dahulu permohonan anda lengkap atau tidak.

Untuk kemaskini maklumat BR1M sila klik TUTORIAL DISINI.

Untuk semak status permohonan anda adakah layak mendapat brim atau tidak sila klik DISINI.


Berikut adalah diantara status yang terpapar selepas pemohon membuat semakan secara online:-
  1. Diterima : Permohonan Telah Didaftar
  2. Dalam Proses : Permohonan Dalam Proses Semakan Dan Verifikasi Kelayakan
  3. Ditangguhkan : Pemohon Perlu Membuat Kemas Kini Maklumat Permohonan
  4. Lulus : Permohonan Telah Diluluskan / Berjaya
  5. Tidak Lulus : Permohonan Tidak Diluluskan / Tidak Berjaya. Permohonan yang berstatus Tidak Lulus (Maklumat pendapatan pemohon / pasangan / tanggungan perlu pengesahan), pemohon TIDAK perlu hadir ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk sebarang pengesahan. Pemohon boleh hadir ke Cawangan LHDNM semasa tempoh rayuan (3 April 2017 sehingga 31 Mei 2017) untuk permohonan rayuan BR1M 2017.
  6. Status Kredit Tidak Berjaya : Permohonan yang berstatus lulus tetapi proses pengkreditan Fasa 1 ke akaun bank adalah tidak berjaya (gagal kredit). Penerima berkenaan akan menerima surat makluman gagal kredit bertarikh 10 Mac 2017 [BK-02A(2)(i) / BK-02B(2)(i) / BK-02C(2)(ibt) / BK-02C(2)] iaitu surat makluman bersama baucar yang berwarna kelabu (cetakan hitam putih). Penerima perlu hadir ke mana-mana cawangan BSN dengan membawa surat berkenaan untuk penunaian mulai 20 Mac 2017.

2. Status Melalui e-Mail

Makluman mengenai status permohonan akan boleh dihantar melalui  e-mel  berdasarkan  alamat  e-mel  yang  dikemukakan semasa permohonan terutama bagi permohonan yang berstatus  tidak lulus. Pemohon juga boleh menghantar email ke alamat br1m@treasury.gov.my untuk mengetahui status permohonan/ rayuan atau pertanyaan lain. Nyatakan nama penuh dan no kad pengenalan di dalam email.

3. Melalui POS

Surat  makluman  yang  akan  dicetak  dan  diposkan  kepada pemohon.

4. Semakan Melalui Telefon

  • Nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716

5. Hadir Ke Pejabat

Pemohon boleh hadir  sendiri  ke  Cawangan  LHDNM  /  PKH  LHDNM  /  UTC LHDNM.

6. Applikasi Mobile Semakan BR1M

Penerima BR1M kini boleh membuat semakan BR1M menggunakan Applikasi Mobile Semakan BR1M. Terdapat 2 jenis platform yang telah dibangunkan iaitu Android dan iOS. Diantara semakan yang boleh dibuat melalui applikasi semakan ini adalah :-
  1. Status penghantaran borang
  2. Semakan status permohonan
  3. Status rayuan
  4. Semakan status bayaran
Applikasi boleh dimuat turun di Play Store (Android) dan App Store (iOS).

Langkah Buat Semakan BRIM Melalui Appplikasi Mobile

  1. Pilih Play Store atau App Store dan cari Semakan BR1M’.  Kemudian muat turunaplikasi tersebut
  2. Buka aplikasi semakan yang telah berjaya dimuat turun, paparan Laman Utama akan dipaparkan
  3. Untuk membuat semakan permohonan, sila pilih tab Semakan. Masukkan  nombor pengenalan di ruangan yang disediakan dan pilih Semakan Status
  4. Jawab 2 soalan keselamatan dengan betul. Pemohon diberikan sebanyak 3 kali cubaan untuk menjawab setiap soalan. Selepas 3 kali gagal menjawab, semakan tidak dapat dilakukan bagi nombor pengenalan tersebut.
  5. Sila  hubungi  Cawangan  LHDNM  berdekatan untuk semakan lanjut. Pemohon boleh menukar soalan dengan pilih butang Tukar Soalan.
  6. Paparan keputusan akan dikeluarkan sekiranya pemohon  berjaya menjawab dua  soalan keselamatan
  7. Pemohon boleh pilih pada tab Hubungi untuk membuat panggilan sekiranya terdapat sebarang pertanyaan.

Syarat Kelayakan Permohonan BR1M 2017

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
  • Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
  • Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
  • Penerima e-Kasih perlu membuat permohonan BR1M 2017
Semoga permohonan anda berjaya. 








Jika Info ini bermanfaat bagi anda, mohon klik button SHARE !!! terima kasih.

×



Demo Blog NJW V2 Updated at: Jun 04, 2017

0 ulasan:

Catat Ulasan